Thursday, 25 May 2017

ARTIKEL 3

Tajuk Artikel :Tahap Amalan dan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Penulis         : Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim dan Rohaya Abu Hassan (2012)

Dalam artikel ini, penulis menyatakan Malaysia perlu melahirkan lebih ramai lagi pakar dalam bidang sains agar tenaga dan mentaliti  mereka dapat di gembeling pada era teknologi dan siber bagi mereliasasikan Wawasan 2020. Namun begitu, kajian (Irfan dan Sajap, 2011) menunjukkan pelajar sering menghadapi kesukaran untuk memahami konsep sains, lemah dalam menguasai kemahiran saintifik dan mempunyai sikap saintifik pada tahap yang rendah.
Justeru,  kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kesedaran dan amalan guru sains terhadap kepentingan pengintegrasian ICT dalam proses  P&P. Saya bersetuju dengan penulis bahawa kajian seumpama ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap amalan dan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru.
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk deskriptif. Instrumen terdiri daripada set soal selidik dengan menggunakan skala likert ilmu mata (TP: tidak pernah, J: jarang, KK: Kadang-kadang, K: kerap,SK: Sangat Kerap). Kajian ini hanya melibatkan 66 orang guru Sains dari 7 buah sekolah di daerah Johor Bharu yang dipilih secara rawak mudah.
Dapatan kajian dibincangkan berdasarkan objektif kajian bagi mengenalpasti tahap kesedaran guru terhadap kepentingan pengintegrasian ICT dalam P&P Sains dan tahap amalan guru ketika mengaplikasikan ICT dalam proses P&P mereka.
Keputusan menunjukan tahap kesedaran guru terhadap kepentingan pengintegrasian ICT dalam P&P adalah tinggi. Penulis berpendapat hal ini adalah disebabkan adanya kesedaran guru terhadap literasi ICT. Penguasaan pengetahuan ICT merupakan prasyarat bagi seseorang guru untuk menguasai lebih banyak ilmu pengetahuan pada zaman globalisasi ini. Pendapat penulis sangat relevan kerana dapatan ini juga disokong oleh kajian Rohana(2001) yang mendapati bahawa kesedaran terhadap perlunya peningkatan pengetahuan dalam bidang tertentu merupakan pemangkin utama yang membantu mempercepatkan lagi proses pemantapan diri guru-guru dengan kemahiran tambahan.
Penulis seterusnya membincangkan dapatan kajian terhadap tahap amalan guru mengaplikasi ICT dalam P&P sains yang  menunjukkan masih pada tahap sederhana. Penulis menyatakan pendapatnya bahawa hal ini mungkin berikutan terdapat pelbagai kekangan dalam sesi P&P. Sebagai contoh, kemudahan ICT seperti LCD tidak berfungsi dengan baik. Faktor ini menjadi salah satu punca sesi P&P tidak dapat berjalan dengan lancar kerana seperti mana yang kita ketahui, sesuatu kerja dapat dilaksakan dengan sempurna jika mempunyai peralatan yang mencukupi dan baik.
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan  penulis bahawa kemudahan ICT ini seharusnya sentiasa dalam keadaan yang baik. Berhubung dengan masalah tersebut, pihak pentadbir sekolah haruslah memainkan peranan dengan mengambil langkah untuk mengatasinya. Kesimpulanya, artikel ini membuka satu kefahaman mengenai perlunya usaha yang berterusan untuk menggalakkan amalan ICT dalam kalangan guru bagi mempertingkatkan keberkesanan P&P Sains.



Monday, 22 May 2017

ARTIKEL 2

Tajuk Jurnal : Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di kalangan Guru-guru Pelatih

Penulis: Noor Azlan Ahmad Zanzali dan Noraziah Binti Kassim @ Aziz (2009)

Jurnal ini merupakan tinjauan penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik di kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian penulis iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam P&P Matematik, kelemahan penggunaan ICT dalam P&P Matematik dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam menggunakan ICT dalam P&P Matematik.

Penulis telah menggunakan sampel kajian terdiri daripada lima orang guru pelatih UTM yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah berhampiran. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan iaitu temubual dan cerapan terhadap guru pelatih. Oleh kerana penulis menggunakan kaedah temubual, jadi analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Tetapi menurut pandangan saya, penulis perlu membuat satu lagi teknik tinjauan untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian. Ini kerana, kaedah temubual terdapat beberapa kelemahan sebagai contoh kedudukan sosial pengumpul data mungkin mempengaruhi jawapan yang diberikan dan responden mungkin takut terhadap apa yang diperkata akan mempergunakan mereka.

Di dalam jurnal ini, dapatan kajian mendapati guru-guru pelatih kurang meggunakan ICT dalam P&P Matematik. Penulis mendapati ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Di akhir penulisan jurnal ini, penulis telah menyatakan beberapa usul telah dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru pelatih dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam P&P Matematik.

Kesimpulannya, jurnal ini terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan. Walau bagaimanapun penulis berjaya melengkapkan persoalan-persoalan kajian dan hasil dapatan kajian yang baik.




ARTIKEL 1

Tajuk Jurnal : Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di kalangan Guru Matematik di Daerah Kota Tinggi.

Penulis : Md. Nor Bakar dan Rashita A. Hadi (2011)

Jurnal yang berjudul Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi berkaitan dengan meninjau tahap perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan guru Matematik. Aspek-aspek yang telah dikaji oleh penulis ialah tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru Matematik, kesesuaian kursus ICT yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah kepada guru Matematik dan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada pengintegrasian komputer di kalangan guru Matematik.

Penulis telah menggunakan sampel kajian yang terdiri daripada 30 guru Matematik dan 15 guru penyelaras makmal komputer di sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi. Selain itu, penulis menggunakan tiga teknik tinjauan iaitu soal selidik kepada guru Matematik; temubual bersama guru Matematik dan penyelaras makmal komputer. Penulis juga menganalisis dokumen Pelan Strategik Panitia Matematik dan Matematik Tambahan sekolah, Pelan Strategik Panitia Matematik dan Matematik Tambahan Daerah Kota Tinggi, Pelan Strategik Unit Sains dan Matematik Pejabat Pelajaran Daerah dan buku log penggunaan makmal komputer sekolah. Menurut pandangan saya, penulis amat teliti dalam pengumpulan maklumat-maklumat yang berkaitan berdasarkan teknik tinjuan yang digunakan. Tambahan pula, analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik asas iaitu kekerapan, peratus, dan min.

Di dalam jurnal ini, dapatan kajian mendapati tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran berada di tahap yang rendah. Menurut penulis, keengganan guru-guru Matematik untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bukanlah disebabkan faktor dalaman yang ada pada diri mereka tetapi ia berpunca daripada faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan kekurangan latihan ICT sejak peringkat pengajian hinggalah ke peringkat perkhidmatan.

          Kesimpulannya, jurnal yang dihasilkan oleh penulis ini amat menarik kerana telah mencapai objektif-objektif kajian. Penulis juga berjaya telah menemukan beberapa faktor-faktor dalaman dan luaran berdasarkan dapatan kajian diperolehi. Hal ini dapat dilihat dari data-data yang baik dan menggunakan sumber-sumber yang cukup jelas. Walau bagaimanapun, penulis tidak menyatakan beberapa langkah-langkah untuk memantapkan lagi perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik untuk menjadikan jurnal ini lebih lengkap. Secara keseluruhan, jurnal ini sangat bermanfaat bagi mahasiswa dan mahasiswi yang ingin menjadikan jurnal ini sebagai bahan rujukan.

ARTIKEL 3

Tajuk Artikel :Tahap Amalan dan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Penulis         : Johari Surif, Nor Hasniza I...