Monday, 22 May 2017

ARTIKEL 2

Tajuk Jurnal : Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di kalangan Guru-guru Pelatih

Penulis: Noor Azlan Ahmad Zanzali dan Noraziah Binti Kassim @ Aziz (2009)

Jurnal ini merupakan tinjauan penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik di kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian penulis iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam P&P Matematik, kelemahan penggunaan ICT dalam P&P Matematik dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam menggunakan ICT dalam P&P Matematik.

Penulis telah menggunakan sampel kajian terdiri daripada lima orang guru pelatih UTM yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah berhampiran. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan iaitu temubual dan cerapan terhadap guru pelatih. Oleh kerana penulis menggunakan kaedah temubual, jadi analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Tetapi menurut pandangan saya, penulis perlu membuat satu lagi teknik tinjauan untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian. Ini kerana, kaedah temubual terdapat beberapa kelemahan sebagai contoh kedudukan sosial pengumpul data mungkin mempengaruhi jawapan yang diberikan dan responden mungkin takut terhadap apa yang diperkata akan mempergunakan mereka.

Di dalam jurnal ini, dapatan kajian mendapati guru-guru pelatih kurang meggunakan ICT dalam P&P Matematik. Penulis mendapati ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Di akhir penulisan jurnal ini, penulis telah menyatakan beberapa usul telah dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru pelatih dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam P&P Matematik.

Kesimpulannya, jurnal ini terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan. Walau bagaimanapun penulis berjaya melengkapkan persoalan-persoalan kajian dan hasil dapatan kajian yang baik.




No comments:

Post a Comment

ARTIKEL 3

Tajuk Artikel :Tahap Amalan dan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Penulis         : Johari Surif, Nor Hasniza I...