Thursday, 25 May 2017

ARTIKEL 3

Tajuk Artikel :Tahap Amalan dan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Penulis         : Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim dan Rohaya Abu Hassan (2012)

Dalam artikel ini, penulis menyatakan Malaysia perlu melahirkan lebih ramai lagi pakar dalam bidang sains agar tenaga dan mentaliti  mereka dapat di gembeling pada era teknologi dan siber bagi mereliasasikan Wawasan 2020. Namun begitu, kajian (Irfan dan Sajap, 2011) menunjukkan pelajar sering menghadapi kesukaran untuk memahami konsep sains, lemah dalam menguasai kemahiran saintifik dan mempunyai sikap saintifik pada tahap yang rendah.
Justeru,  kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kesedaran dan amalan guru sains terhadap kepentingan pengintegrasian ICT dalam proses  P&P. Saya bersetuju dengan penulis bahawa kajian seumpama ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap amalan dan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru.
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk deskriptif. Instrumen terdiri daripada set soal selidik dengan menggunakan skala likert ilmu mata (TP: tidak pernah, J: jarang, KK: Kadang-kadang, K: kerap,SK: Sangat Kerap). Kajian ini hanya melibatkan 66 orang guru Sains dari 7 buah sekolah di daerah Johor Bharu yang dipilih secara rawak mudah.
Dapatan kajian dibincangkan berdasarkan objektif kajian bagi mengenalpasti tahap kesedaran guru terhadap kepentingan pengintegrasian ICT dalam P&P Sains dan tahap amalan guru ketika mengaplikasikan ICT dalam proses P&P mereka.
Keputusan menunjukan tahap kesedaran guru terhadap kepentingan pengintegrasian ICT dalam P&P adalah tinggi. Penulis berpendapat hal ini adalah disebabkan adanya kesedaran guru terhadap literasi ICT. Penguasaan pengetahuan ICT merupakan prasyarat bagi seseorang guru untuk menguasai lebih banyak ilmu pengetahuan pada zaman globalisasi ini. Pendapat penulis sangat relevan kerana dapatan ini juga disokong oleh kajian Rohana(2001) yang mendapati bahawa kesedaran terhadap perlunya peningkatan pengetahuan dalam bidang tertentu merupakan pemangkin utama yang membantu mempercepatkan lagi proses pemantapan diri guru-guru dengan kemahiran tambahan.
Penulis seterusnya membincangkan dapatan kajian terhadap tahap amalan guru mengaplikasi ICT dalam P&P sains yang  menunjukkan masih pada tahap sederhana. Penulis menyatakan pendapatnya bahawa hal ini mungkin berikutan terdapat pelbagai kekangan dalam sesi P&P. Sebagai contoh, kemudahan ICT seperti LCD tidak berfungsi dengan baik. Faktor ini menjadi salah satu punca sesi P&P tidak dapat berjalan dengan lancar kerana seperti mana yang kita ketahui, sesuatu kerja dapat dilaksakan dengan sempurna jika mempunyai peralatan yang mencukupi dan baik.
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan  penulis bahawa kemudahan ICT ini seharusnya sentiasa dalam keadaan yang baik. Berhubung dengan masalah tersebut, pihak pentadbir sekolah haruslah memainkan peranan dengan mengambil langkah untuk mengatasinya. Kesimpulanya, artikel ini membuka satu kefahaman mengenai perlunya usaha yang berterusan untuk menggalakkan amalan ICT dalam kalangan guru bagi mempertingkatkan keberkesanan P&P Sains.



No comments:

Post a Comment

ARTIKEL 3

Tajuk Artikel :Tahap Amalan dan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Penulis         : Johari Surif, Nor Hasniza I...