Tajuk Jurnal : Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di
kalangan Guru Matematik di Daerah Kota Tinggi.
Penulis : Md.
Nor Bakar dan Rashita A. Hadi (2011)
Jurnal yang berjudul Pengintegrasian
ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru Matematik Di
Daerah Kota Tinggi berkaitan dengan meninjau tahap perlaksanaan pengintegrasian
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan guru Matematik.
Aspek-aspek yang telah dikaji oleh penulis ialah tahap pengintegrasian ICT di
kalangan guru Matematik, kesesuaian kursus ICT yang ditawarkan oleh pihak
sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah kepada guru Matematik dan faktor-faktor
yang menjadi penghalang kepada pengintegrasian komputer di kalangan guru
Matematik.
Penulis telah menggunakan sampel kajian
yang terdiri daripada 30 guru Matematik dan 15 guru penyelaras makmal komputer
di sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi. Selain itu, penulis
menggunakan tiga teknik tinjauan iaitu soal selidik kepada guru Matematik;
temubual bersama guru Matematik dan penyelaras makmal komputer. Penulis juga menganalisis
dokumen Pelan Strategik Panitia Matematik dan Matematik Tambahan sekolah, Pelan
Strategik Panitia Matematik dan Matematik Tambahan Daerah Kota Tinggi, Pelan
Strategik Unit Sains dan Matematik Pejabat Pelajaran Daerah dan buku log
penggunaan makmal komputer sekolah. Menurut pandangan saya, penulis amat teliti
dalam pengumpulan maklumat-maklumat yang berkaitan berdasarkan teknik tinjuan
yang digunakan. Tambahan pula, analisis data dilakukan dengan menggunakan
statistik asas iaitu kekerapan, peratus, dan min.
Di dalam jurnal ini, dapatan kajian
mendapati tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru Matematik dalam pengajaran
dan pembelajaran berada di tahap yang rendah. Menurut penulis, keengganan
guru-guru Matematik untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik bukanlah disebabkan faktor dalaman yang ada pada diri
mereka tetapi ia berpunca daripada faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT
yang tidak sempurna dan kekurangan latihan ICT sejak peringkat pengajian hinggalah
ke peringkat perkhidmatan.
Kesimpulannya, jurnal yang dihasilkan
oleh penulis ini amat menarik kerana telah mencapai objektif-objektif kajian.
Penulis juga berjaya telah menemukan beberapa faktor-faktor dalaman dan luaran
berdasarkan dapatan kajian diperolehi. Hal ini dapat dilihat dari data-data
yang baik dan menggunakan sumber-sumber yang cukup jelas. Walau bagaimanapun,
penulis tidak menyatakan beberapa langkah-langkah untuk memantapkan lagi
perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik
untuk menjadikan jurnal ini lebih lengkap. Secara keseluruhan, jurnal ini
sangat bermanfaat bagi mahasiswa dan mahasiswi yang ingin menjadikan jurnal ini
sebagai bahan rujukan.
No comments:
Post a Comment